Kedah dilanda puting beliung

ALOR SETAR – Kejadian ribut dan puting beliung melanda beberapa mukim di Kota Setar, di sini,tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, ada rumah penduduk alami kerosakan akibat ditiup angin kencang.

Difahamkan ada penduduk didakwa sempat merakamkan video dan gambar puting beliung, bagaimanapun lokasi kejadian tidak diketahui.

Antara kawasan disebut-sebut penduduk dilalui puting beliung, ialah Langgar, Jalan Telok Wanjah dan Tok Keling.

Menurut Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Setar, rumah seorang penduduk di mukim Tajar mengalami kerosakan akibat kejadian itu.

Katanya, rumah warga emas Nur’Adzian Abd Majid,57, rosak akibat angin kencang kira-kira jam 2 petang itu.

Sehubungan itu, sepasukan anggota dan pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) bergegas ke lokasi kejadian demi membantu mangsa terlibat.

sumber: sinar harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*