Resepi MUDAH…Ayam Masak Berlada Cintaku..

Ada yang nak masak ayam pedas². Ini resepinya. Boleh ejas ikut kepedasan kesukaan anda&keluarga. Jom kita masak. Sedapp..berasap !!

Resepi Ayam Masak Berlada

Bahan-Bahan:

  • 6 ketul ayam (di goreng dahulu bersama kunyit dan garam)

Bahan A

  • 1 biji bawang besar*
  • 2 ulas bwang putih*
  • 10 tangkai cili padi*(nk letak lebih pon boleh)
  • 5 tangkai cili hijau besar*

Bahan B

  • Suku cawan Air asam jawa
  • Sedikit Garam
  • 1 sudu makan Gula pasir
  • 1 sudu teh Serbuk perasa( saya guna tumix ayam)

Cara buat :-

  1. Ayam hendakla digoreng terlebih dahulu kemudian ketepikan.
  2. Tumbuk kesemua bahan A hingga lumat
  3. panaskn minyak kemudian tumis kesemua bahan yg telah ditumbuk tadi dan gaul sehingga agak garing sedikit.
  4. setelah itu masukkan sedikit air asam jawa sedikit garam, 1 sudu mkn gula pasir dan 1 sudu serbuk perasa kacau dan biarkan sehingga naik minyak dan akhir sekali masukkan ayam yg telah digoreng td.. Gaul sehingga rata dan biarkan sekejap
  5. Kemudia tutup api dan boleh la dihidangkan..

sumber: fb Nazila Othman

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*