Resepi Kek Carrot Mudah Tapi Rasanya Seperti Di Kedai Kek Mewah

Antara resepi kek yang menjadi kegemaran kami anak beranak adalah resepi kek carrot yang diletakkan topping ceamcheese di atas permukaan kek yang telah siap dibakar. Rasa lobak merah yang menjadi kek dan ditambah dengan walnut memang melengkapkan kek ini.

Jika sesekali rasa teringin tapi malas membuatnya, kami pasti beli dua atau tiga slice kek carrot secret recipe yang ada dijual di kedai tersebut.Tapi jika ada family yang rama,pastinya dengan buat sendiri sangat  menjimatkan.

Untuk anda yang mencari resepi kek carrot bakar untuk dijadikan hasil jualan dalam mencari pendapatan tambahan, boleh ikuti satu demi satu resepi kek ini untuk dapatkan rasa kek yang gebu, tak terasa berlebihan soda dan kayu manisnya serta tidak muak.

Tambahan lagi untuk penyediaan kek carrot mudah ini, anda tak perlukan mesin mixer tapi sekadar whisk menggunakan tangan sahaja.Memang  betul-betul mudah dan jimatkan masa kan.

Ada yang bertanya macam mana nak buat carrot dan daun yang bewarna untuk hiasan di atas kek.Senang sahaja.Hanya masukkan pewarna oren dan hijau sedikit ke dalam creamcheese dan masukkan dalam piping bag.Selepas tu tekan keluar dan bentukkan menjadi hiasan lobak dan daunnya.

Bahan Resepi Kek Carrot Mudah : 

Bahan A:

  • 1 1/2 cawan minyak jagung
  • 4 biji telur
  • 120 gram gula castor
  • 120 gram gula perang

*pukul semua bahan A ini menggunakan whisk hingga gula larut

Bahan B:

  • 250 gram tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 sudu teh baking powder
  • 2 sudu  teh serbuk kayu manis
  • 1/4 sdt garam halus

* campur dan ayak semua bahan B

Bahan C :

  • 1 cawan kismis hitam
  • 1 cawan kacang walnut (cincang)
  • 1 1/2 cawan carrot parut & cincang

* gaulkan semua bahan C

Cara Penyediaan Resepi Kek Carrot Mudah :

  1. Sediakan semua bahan A,B,C seperti yang tertulis di atas. Jangan lupa parut halus lobak merah dan cincang supaya menjadi hirisan yang pendek.
  2. Satukan semua bahan ke dalam satu bekas.Kacau sebati. Sedikan loyang bersaiz 9-10 inci dan alas permukaan bawah dengan baking paper.Panaskan oven lebih kurang 10 minit.
  3. Masukkan adunan kek carrot ke dalam loyang dan bakar pada suhu 150-160’C bergantung pada oven anda selama 1 jam menggunakan api atas bawah.
  4. Sementara kek dibakar bolehlah sediakan topping kek carrot ini daripada creamcheese.

Bahan Creamcheese Topping Untuk Kek Carrot :

  • 250 gram creamcheese brand tatura
  • 120 gram gula castor
  • 120 gram butter

*satukan semua bahan dalam bekas dan boleh whisk atau gunakan mixer tangan sehingga semua sebati dan warna bertukar menjadi putih.

Memang mudah untuk buat resepi kek carrot ini.Hanya guna whisk tangan tapi rasa kek memang sedap .Letak pula creamcheese topping.Kena cuba kek carrot ni.

Asingkan sedikti adunan creamcheese dan tambahkan pewarna hijau dan oren  untuk hiasan.

Bila kek carrot anda siap dibakar,sejukkan seketika dan barulah dikeluarkan.Baru ditambah dengan  topping dan hiasan.Sedap dan mudah kan. Selamat mencuba.

sumber: fb MAHN

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*