Premis sate tulang di Senawang ditutup

SEREMBAN – Seorang pengusaha sate tulang di Senawang di sini, diarah menutup operasinya selama dua minggu oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) bermula semalam kerana didapati mengabaikan aspek kebersihan dalam penyediaan makanan.

Pengarahnya, Dr Zainudin Mohd Ali berkata,  pemeriksaan mengejut ke atas sebuah rumah yang dijadikan tempat penyediaan sate tulang itu dilakukan pihaknya, selepas tular maklumat dan gambar premis  yang menjijikkan di Facebook.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati pemilik premis telah melanggar Akta Makanan 1983 dan secara keseluruhan didapati tidak bersih.

“Selain itu pengusaha premis juga didapati telah melakukan beberapa kesalahan seperti pengendali makanan tiada suntikan tifoid, peralatan masakan yang kotor dan amalan penyediaan makanan yang tidak bersih.

“Premis itu diarah tutup mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983. Dalam tempoh dua minggu ditutup, kita akan membuat pemantauan,” katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih atas makluman orang awam dan menasihatkan supaya memilih premis makanan yang bersih bagi mengelakkan keracunan.

sumber: sinar harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*