Subhanallah, burung kakak tua ini pandai mengalunkan surah Al fatihah

Burung kakak tua adalah salah satu burung yang mempunyai bulu yang cantik dan berwarna-warni. Spesis burung ini juga pintar dan mencuit hati kerana ia mampu untuk bercakap, menyanyi dan meniru gaya.

Tak hairanlah ada yang sanggup membelinya dengan harga yang sangat mahal untuk burung kakak tua yang sudah dilatih untuk bercakap.

Seperti kanak-kanak, anda harus berhati-hati bercakap sesuatu di hadapan burung ini. Ucapan kurang enak dan tidak sopan perlu dielakkan kerana jika silap langkah, burung ini akan mengajuk perkataan itu semula dengan nada yang kuat dan berulang-ulang.
Ini kerana pemikiran burung yang menyerupai kanak-kanak ini tidak memahami apa yang diucapkannya

Video yang dimuatnaik di laman Youtube ini menunjukkan telatah burung kakak tua berwarna hijau sedang membaca surah Al-Fatihah. Sungguh lancar bacaannya sampai min pun tergelak sambil kagum. Sebab ada orang muslim kat luar sana yang masih tak pandai nak baca surah-surah lazim ni. Buat malu jer.
Video:

sumber: media viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*