Resepi Puding Raja/Royal Puding Dijamin menjadi dan SEDAP…

Resepi Puding Raja/Royal Puding

Jala Mas..

  • 5 biji kuning telur dibuang tali pusatnya
  • 1 cawan gula*
  • 2 cawan air*
  • sehelai daun pandan disimpul*
  • samada acuan roti jala muncung kecil atau kelongsong daun pisang)
  • penapis
    *sy guna 10 biji kuning telur

cara membuat:

  1. masukkan bahan bertanda dlm kuali (pan)
  2. sambil menunggu air gula mendidih kita kacau kuning telor biasa sebati dan tapis
    kuning telor (gambar)
  3. setelah air mendidih, keluarkan daun pandan tadi.. serta masukkan telor dlm
    acuan roti jala atau dlm kelongsong daun pisang
  4. tinggikan kan sedikit acuan roti jala atau kelongsong tadi untuk mendapatkan urat yang halus.. tuang kan kuning telor tadi
    dari tepi pan (kuali) secara bulatan .. cara tuang pun seperti mana kita buat roti
    jala .. kalau 5 biji telor ni dlm 3 kali buatla..jgn buat sekali gus ye..buat sikit2 dlm
    3 kali
  5. jala mas ni tak lama sangat ye dlm air gula tu ..lepas tuang tunggu sekejap pastu
    angkat samaada guna chop stik atau guna senduk dan toskan air gula tu
  6. buat lagi sampai 3 kali atau 4 kali bergantung..ketepikan

Pisang goreng pulak

  • kalau boleh carilah pisang lemak manis (sgt sesuai) kalau takde pun carila pisang apa2 pun asal rasa nya manis ye

caranya

  1. panaskan kuali dan masukkan minyak serta goreng pisang tersebut sebiji2 (tak yah belah/potong tp kalau pisang tu bukan pisang lemak manis dan saiz agak besar terpulanglah nak potong atau tidak)goreng sampai agak gelap sikit warna nya mcm dlm gambar

Sos kastard

  • 1 biji telor
  • 400ml susu cair
  • 1 cawan air
  • 1 helai daun pandan disimpul
  • sedikit esen vanila
  • 2 @ 3 sudu besar gula (saya buat tak isi banyak sangat gula sbb jala mas dah rasa manis dan pisang pun dah ada rasa manisnya) kira sos saya ni manis2 buah je
  • sy tmbah bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah

caranya:

  1. masukkan telor, susu cair, esen vanila, kacau sebati
  2. kemudian masukkan air dan daun pandan serta gula
  3. masak dgn api sederhana besar..mendidih tutup api
  4. sejukkan dlm peti ais

Bahan Hiasan

  • buah prune dibuang biji
  • buah ceri merah dan hijau dipotong 4
  • gajus di goreng sebentar
  • sy letak buah ceri + badam +choc chips

caranya hiasannya

1. mula2 dlm bekas taruk pisang goreng dulu
2. letakkan atas pisang jala mas sehingga menutup pisang
3. letak buah prune, ceri merah dan hijau serta gajus
4. curah sos kastard yang sejuk tadi sedia dihidang

Kredit resepi ini kpd nur natasha abdullah #mahn

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*