RESEPI PUDING TRIFLE MUDAH DAN SEDAP

BAHAN A (Lapisan Kek)

  • Swiss roll secukupnya
  • Air dari jus koktel

CARA-CARA:

  • Swiss roll dipotong setebal 1cm.Masukkan ke dasar mangkuk.Kek mestilah menutupi setiap ruang dasar mangkuk.
  • Tekan2 sket supaya padat.
  • Siram/renjiskan dengan air/jus koktel ke atas kek/swiss roll.Tujuan supaya lapisan kek agak moist.Ketepikan

BAHAN B (KASTAD)

  • 1 cawan rata tepung kastad
  • 1/2 cawan gula
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air (sukat guna tin susu cair)
  • 1 tin buah2 koktel (asingkan buah dan jus)

CARA-CARA:

  1. Satukan semua bahan, kacau hingga kastad sebati dan gula hancur.
  2. Kemudian masak atas api yang kecil hingga pekat.Kastad akan kelihatan sedikit meletup2.Tutup api.
  3. Curahkan adunan kastad ke atas lapisan kek (Bahan A)
  4. Susun buah koktel ke atas adunan kastad sambil ditekan2 sedikit supaya buah tidak terapung.Sejukkan sebentar.

BAHAN C (Kristal Jelly)- sy gn agar2 jer sbb lupa beli

  • 10g serbuk agar-agar
  • 1.2liter air
  • 3/4 cawan gula
  • 1-2 titis pewarna merah

CARA PENYEDIAAN:

  1. Satukan semua bahan,masak atas api hingga agar2 dan gula hancur.
  2. Curahkan ke atas adunan kastad.
  3. Curah perlahan menggunakan senduk/sudu.
  4. Mulai dari tepi supaya lapisan tidak bolos dan bercampur warna.
  5. Dengan kata lain buat dengan cermat hoket.Sejukkan sebentar.
  6. Pastu pindahkan ke dalam peti ais hingga puding keras.

Update:
Sekiranya menggunakan Kristal Jelly, cuma ikut arahan pada belakang kotak.
Saya gunakan Kristal Jelly brand Nona.Campurkan dengan 400ml air.Dan masak atas dapur hingga hancur.Kemudian curahkan adunan ke atas lapisan kastad.

sumber: fb Lina pg

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*