Resepi Kek Batik Anak Dara Cun Melecun

Ok hari ini akak cantik nak kongsikan resepi kek batik. Kenapa nama resepi ni macam tu? sebab akak cun la..hehehe gurau je.. ok lah jom kita intai resepi mudah ni..akak selalu taw buat sebab ramai cakap sedap(ehh perasan pulak).. korang yang nak cuba tu bole la ikut resepi ni. bagi je bakal mentua makan, confirm esok masuk meminang..hahaha ok jom tengok..

Bahan-Bahan:

  • 250 gm Butter/Margerin
  • Biskut Marie 600gm ( 2pkt)
  • Milo 1 cawan
  • Serbuk Koko 1 cawan
  • Nestum 1 cawan
  • Telur 3 biji
  • Susu pekat 1 cawan
  • Air 1 cawan

Cara penyediaan:

  • Biskut Marie di patah2 kan
  • Dalam kuali cairkan Butter..
  • Bila dah cair masukkan Milo,serbuk koko,susu kacau pekat sedikit
  • Kemudian masukkan telur dan air kacau lagi sampai pekat..
  • Kemudian tutup api masukkan nestum Dan biskut marie. Kacau rata..
  • Alaskan loyang atau bekas..dan alas dgn plastik
  • Masukkan adunan biskut marie tadi
  • Tekan bagi padat…sejukkan dalam peti Sebelum bole di potong

Selamat mencuba..

Kredit Resepi: Fatimah Ali..
kredit video : rasapop

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*