RESEPI AYAM MASAK MERAH KENDURI

Bahan Bahan:

  • 1 ekor ayam – potong kecil dan basuh bersih(Garam, kunyit dan goreng – jangan garing sangat.)
  • 3 biji bawang besar (size besar tau)*
  • 4-5 ulas bawang putih*
  • 1 1/2 inci halia*
    (Blend semua bahan bertanda *)
  • 3-4 senduk cili kisar
  • 5 sudu besar sos cili
  • 2 biji tomato
  • 2 batang serai – diketuk
  • 1 kulit kayu manis
  • 3 bunga lawang
  • 5 buah pelaga
  • Garam dan gula secukupnya

Cara Penyediaan:

  1. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau.masukkan serai.tumis sekejap.
  2. Masukkan bahan blend.tumis sampai garing.lepastu masukkan cili kisar.tumis lagi sampai garing.
  3. Masukkan gula, sos cili dan tomato.biar seketika.kacau sesekali.perisakan garam.
  4. Lepastu boleh lah masukkan ayam yang telah digoreng tadi.gaul sebati.
  5. Siapppp…!!!

Sedap makan dengan nasi minyak atau nasi tomato.

Sila SHARE ye.

sumber : fb Salimah Olie

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*