[VIDEO] Fenomena Awan ‘Bergulung’ Gemparkan Warga Kulim, Kedah

Seluruh penduduk sekitar Kulim Hightech, Kedah terkejut dan teruja apabila melihat fenomena awan bergulung dan berbentuk seperti ombak awal pagi tadi.

Kejadian yang dikatakan berlaku di antara jam 7.30 pagi hingga 8 pagi itu menarik perhatian penduduk untuk keluar dari rumah dan premis perniagaan untuk menyaksikannya sendiri kejadian itu.

Fenomena itu jarang berlaku, jika sesiapa dapat melihat awam ini mungkin sekali seumur hidup terutama sekali di Malaysia

Fenomena Awan Bergulung Gempar Penduduk Kulim, Kedah Pagi Tadi

Pembentukan awan luar biasa itu telah menarik perhatian penduduk sekitar kawasan berkenaan yang rata-ratanya dalam perjalanan ke tempat kerja serta menghantar anak ke sekolah.

Rata-rata mereka dilihat memberhentikan kereta di bahu jalan untuk mengambil gambar dan ada juga yang meninggalkan kedai masing-masing bagi melihat pembentukan awan itu dengan lebih jelas.

Sementara itu seorang pegawai di Jabatan Meteorologi Malaysia Perak yang dihubungi Astro AWANI memaklumkan fenomena tersebut merupakan proses pembentukan awan biasa yang membawa hujan.

Katanya, pembentukan awan itu terjadi akibat tiupan angin yang kuat dan lazimnya akan hilang selepas beberapa jam.

Fenomena awan jenis bergulung tidak berbahaya berbanding garis badai dan sebelum ini pernah berlaku di Kota Kinabalu pada Ogos 2012, Sungai Petani Kedah (2014) dan di Kota Baharu (Ogos 2015).

Fenomena Awan Bergulung Gempar Penduduk Kulim, Kedah Pagi Tadi

Beliau berkata, garis badai merupakan sekumpulan barisan awan ribut petir yang bergerak dari arah laut ke daratan dan selalunya berlaku ketika Monsun Barat Daya iaitu dari Jun hingga September di kawasan pantai barat Sabah dan juga di Selat Melaka.

“Panjang garis badai boleh mencapai ratusan kilometer dan mempunyai tempoh hayat yang agak lama iaitu beberapa jam berbanding ribut petir biasa.

“Garis badai boleh menghasilkan angin kencang melebihi 32 kilometer sejam dan hujan lebat yang meluas,” katanya.

Sementara itu menurutnya awan jenis bergulung terbentuk disebabkan oleh ricihan angin menegak iaitu terdapat perbezaan ketara kelajuan dan arah angin.

Beliau turut menasihati penduduk untuk tidak berasa bimbang dan cemas dengan fenomena alam tersebut.

Dalam pada itu Bernama melaporkan ada penduduk yang menzahirkan rasa gerun dengan fenomena itu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.. Terima Kasih! Media Viral

sumber: warga kulim

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*