[VIDEO] “Macam Jackie Chan La..” – Netizen Speechless Tengok Ammar Alfian Buat Stunt Sendiri Tanpa Tali

Selepas 18 hari tayangan di seluruh negara, filem aksi Paskal terus melakar kejayaan selepas berjaya mengaut kutipan sebanyak RM22 juta. Hal ini kerana sangat jarang sebenarnya untuk sesebuah filem yang mengangkat tema patriotik memperoleh keuntungan sebanyak itu. Selain plot yang mantap, aksi para pelakonnya juga perlu dipuji kerana berjaya menghidupkan setiap watak.

Bagi pemegang watak antagonis dalam filem ini, nama Ammar Alfian sering disebut-sebut selepas para penonton keluar daripada pawagam. Berbekalkan pakej badan sado dan riak muka yang sangat bengis, ramai yang membenci watak Jeb dalam filem tersebut. Terdahulu, beliau pernah mengakui banyak cabaran untuk merealisasikan impian pengarah demi watak ini.

Terbaru, Ammar Alfian ada memuat naik satu video tentang stunt terakhir dalam filem Paskal di mana Jeb telah jatuh ke dalam laut. Meskipun ramai yang mencadangkan penggunaan stunt double agar tidak mencederakan diri sendiri, Ammar bertegas ingin melakukannya sendiri demi kepuasan dirinya dan juga para penonton terhadap filem aksi tersebut.

Dalam paparan video tersebut, agak lama sebenarnya masa yang diambil untuk beliau akhirnya sampai ke permukaan laut. Menurutnya, beliau tidak tahu pun berapa ketinggian tersebut namun beliau sudah nekad untuk membuat jatuhan bebas tersebut. Keberanian dan dedikasi yang beliau pamerkan dalam menjayakan stunt yang berisiko tinggi ini mendapat pujian ramai peminat.

VIDEO:

True actor u are!!

Macam Jackie Chan la buat stunt sendiri

Alamak..takde tali..

Speechless bro..U memang HEBAT

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: IG ammar_alfian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*