Resepi Kek Kukus Pandan Hanya guna Blender

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur ayam gred A
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/4 cawan minyak jagung
  • 1/4 cawan susu cair
  • 1 sudu makan ovalette
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh perisa pandan
  • 1/2 sudu teh pewarna hijau
  • 1 cawan self raising flour

Kalau anda tiada self rasing flour , boleh gantikan dengan 1 cawan tepung gandum serta 1 sudu teh soda bikarbonat. Ayak adunan 2-3 kali supaya sebati. Ini tips penting tau.

Semua bahan-bahan dah ada , jom tengok cara penyediaan kek kukus pandan yang senang dan gebu ni. Jangan lupa tengok video tutorial supaya anda mudah faham.

Mudahnya sekarang, terasa je nak makan kek pandan kukus,
#1 : Masukkan air ke dalam pengukus dan didihkan.Biarkan.Masukkan semua bahan-bahan kecuali self raising flour ke dalam blender. Blend sehingga adunan kembang sekitar 3-5 minit. Kisar secara henti-henti untuk elakkan motor pengisar cepat rosak.

#2: Adunan kek yang telah dikisar masukkan ke dalam mangkuk seperti dalam video.Ayak tepung self raising flour atau tepung naik sendiri ini. Kacau sehingga sebati.

#3: Alaskan loyang bersaiz 6 dengan baking paper dan sapu butter pada tepi loyang.Untuk dapatkan tekstur kek pandan yang halus dan cantik, tapis adunan sebelum masuk ke dalam loyang. Kalau tak nak tapis, blend ja.

Mudahnya sekarang, terasa je nak makan kek pandan kukus,
#4: Kukus sekitar 35 minit untuk saiz loyang ini. Sejukkan kek sebelum dikeluarkan . Terpulang pada anda jika nak jadikan kek ini kek cheese leleh atau nak letak topping pilihan

sumber: fb MAHN

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*