Jangan Biarkan Isteri Terlalu Berdikari, Padahnya Hubungan Rumah Tangga Jadi Longgar

Tak salah isteri terlalu berdikari tetapi biar berpada dan jangan sampai pasangan lepas tangan tentang tanggung jawab!Ya, fitrah lelaki lebih suka dihormati dan rasa dihormati bila wanita bergantung harap kepada kekuatan dan kepimpinannya.

Berbalik kepada soal fitrah, Allah melantik suami sebagai imam yang membuat keputusan dalam rumah tangga serta diwajibkan isteri mentaatinya. Apabila berdepan situasi isteri terlalu berdikari, menyebabkan hubungan hormat dan kebergantungan kepada suami akan jadi lebih longgar.

Perkara ini, menyebabkan suami mudah terasa tidak dihormati dan tercabar, lebih berbahaya jika wujud situasi wanita lain yang mengharapkan kebergantungan kepadanya iaitu orang ketiga.

Lebih mengelirukan dan lebih berisiko negatif dalam perhubungan suami isteri.Jadi sekali pun wanita boleh buat sendiri semua benda, lelaki sebenarnya patut melayani isteri seperti ini…

  1. Jangan biarkan terlalu banyak perkara dilakukan sendiri oleh isteri.
  2. Layani isteri dengan memanjakan isteri, dan sentiasa berada menemaninya, agar suami terbiasa diperlukan olehnya.
  3. Terlalu banyak membiarkan isteri membuat keputusan atau berfikir sendiri menyelesaikan masalah yang dihadapi menyebabkan lama-kelamaan terbiasa dengan berdikari, dan tidak lagi memerlukan pasangannya sebagai suami.
  4. Banyakkan masa mendengar luahan dan cerita isteri meskipun kadang kala tidak menghasilkan apa-apa penyelesaian.
  5. Jangan terlalu banyak meninggalkan isteri bersendirian di rumah.
  6. Jangan terlalu sibuk dengan urusan kerja, komuniti dan lain-lain tanpa mengambil kira masa bersama isteri.
  7. Aktifkan amalan-amalan yang diketuai oleh kita sebagai suami, umpamanya solat berjemaah, makan bersama, membaca Quran dan sebagainya dengan kita yang mengimamkannya.

Yup. Perempuan zaman sekarang mampu memandu sendiri ke mana hala tuju yang dia ingin tuju. Beli barang keperluan di pasar raya sendiri. Makan seorang diri among the crowds. Menguruskan emosinya sendiri. Either menangis bawah shower atau seronok makan kek depan televisyen sendiri.

Dan kamu pula langsung tidak bertanya tentang rutinnya kerana kamu fikir tidak banyak beza dengan rutinnya setiap hari. Kamu sibuk memenuhi kekosongan jiwa di media sosial, smartphone application atau game daripada mengambil tahu kekosongan pasangan sendiri.

Sama ada kewujudan kamu disedari atau tidak, it’s same. Sampai satu tahap, dia akan fikir semua benda boleh buat. Jadi apa guna ada kamu lagi?True mark of an independent woman is you all know she can live without you. She may be ‘extremely comfortable’ with the ease at which she feels she can manage everything in her life. But don’t take them for granted. Call, text or talk to her daily.

Jadikan itu sebagai rutin walaupun di mana jua kamu berada, walau kesibukan mengejar kamu, walau masa mencemburui kamu. Sekurang-kurangnya tanyalah dia, bagaimana hari awak hari ini? Awak tidur lena ke malam tadi?

Benda yang kamu rasa remeh dan kecil untuk ditanya itulah yang sebenarnya mampu menyentuh hati dia, paling dalam. Dan sekurang-kurangnya dia masih merasakan yang you still there in her life.

Sumber : mingguan wanita

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*