Gempa 5.4 skala richter gegar Utara Sumatera

KUALA LUMPUR – Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter telah menggegarkan Utara Sumatera pada 12.26 tengah malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan media pagi ini memaklumkan gegaran itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer dan jarak 26 kilometer selatan dari Meulaboh, Indonesia.

Gempa itu bagaimanapun tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.

sumber: Bernama

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*