Akibat DERHAKA Dengan Mak Di Tanah Suci. Kejadian Yang Berlaku Sepanjang Aku Kat Sana Buat Aku INSAF

Assalamualaikum. Nama aku Zatul. Ringkas tapi mendalam. Aku bersyukur tak terhingga diberi kesempatan mengerjakan umrah bersama mak ayah. Tapi ini apa yang jadi.

Pertama kali jejak kaki di tanah Madinah, lepas berjam-jam kesejukan, tidur tak nyenyak dlm kapal terbang dan bas, aku yang becok mulut, dalam sejarah berdiam diri sepanjang perjalanan. Masa hendak turun bas, ada sesuatu di tangan. Chewing gum beb. Chewing gum! Geli! Terkeluar satu perkataan yang langsung tak patut. “BODOH”. Itu perkataan pertama aku di Madinah.

Aku terkilan, sedih dan kecewa dengan diri sendiri. Di tanah suci, sepatutnya kalimah suci basah di bibir dan hati. Itu refleksi diri jugak akan apa sebenarnya tabiat buruk kita di dunia. Abang aku kat sebelah geleng kepala.

Perkara itu kebodohan aku yang pertama. Yang kedua, derhaka. Aku dapat pergi umrah ni dengan abang, sebab teman mak dan ayah. Tugas anak jaga mak di mana-mana pun. Waktu solat, aku pilih jauh dari kipas sebab hidung sensitif meleleh hingus. Tapi mak aku nak betul-betul bawah kipas, ye la sebab panas ramai orang. Terus terjadilah kederhakaan aku melawan cakap mak aku, tinggi suara dan tarik muka duduk jauh. Tak pernah aku jauh dari mak aku hanya sebab hingus. Pastu mula gelabah bila baru sedar jauh.

Bayangkan perasaan seorang mak, anak sendiri solat berjauhan. Menyesal aku menyesal. Tapi Allah bagi cash. Masa nak makan, entah lelaki mana join dewan makan kumpulan kami. Allah takdirkan dia tumpahkan air panas terus dari flask air ke kaki aku. Burn. Panas dunia. Menangis tak kira. Walaupun ada stokin, tapi melecur jugak sampai letak ubat gigi pun pedih.

Ada lagi derhaka. Aku tertinggi suara lagi sebab mak aku duduk solat tak rapat saf. Aku rapatkan, mak aku suruh jauh sikit sebab nak duduk tahiyat akhir dengan selesa. Aku patut tahu mak aku sakit lutut. Tapi aku anak yang tak memahami dan tak sedar diri, derhaka dengan mak di tanah haram.

Allah bagi cash kat aku lagi. Hotel kitorang lif sangat lambat sebab ramai orang. Lif datang, ramai. Ada satu pasangan Arab. Mak ayah suruh aku masuk lif dulu. Tapi tiba si isteri yang agak besar ni tolak aku keluar dari lif dengan kasar. Aku yang agak comel ni, nasib baik tak jatuh terseliuh. Mak aku yang patut terasa dengan aku sbb tertinggi suara sebelum ni, tapi tetap sayang kt aku. Mak marah org Arab tu, tapi lif dah nak tutup pun. Maka kami semua naik tangga sama-sama.

Terasa sendu dihati. Syahdu. Anak yang tak bertimbang rasa. Sebab itu, masuk je dlm Masjidil Haram, nampak je Kaabah, banjir air mata aku. Basah telekung. Fikirkan dosa aku bertingkat-tingkat. Macam-macam ujian masa aku buat umrah. Masa nak masuk dalam Raudhah, ramai orang takyah nak cakap. Siap ada tolak mak aku. Apa lagi, kemarahan membuak-buak. Aku jegil mata tunjuk, “UMMI, UMMI”. Tapi makcik tu buat tak tahu je. Rupanya dia pun tgh pimpin mak dia. Tapi tak aci la macam tu.

Terdapat jugak kes yang main letak bahu kat aku, yang agak rendang ketinggian. Kalau kejap takpe la, tapi ni siap sangkut selipar kat bahu orang. Apadahal wey. Sekali nak jalan balik hotel, ada satu tangan kat bahu aku. Dalam kemarahan, aku angkat bahu jatuhkan tangan org tu. Pandang belakang, rupanya makcik tua. Ya Allah, berdosa lagi.

Aku mula sedar diri belum bersedia untuk pergi umrah. Memang, aku tak pergi kursus pun. Ikut je angkut beg, sebab mak ayah dah pergi haji, dan ini pun umrah kedua mak ayah. Masa hendak naik bas, untuk pergi berniat sebelum umrah terakhir, tiba-tiba aku period. Yes dah makan ubat tahan period, tapi itu la, sebab tak bergantung kat Allah, bergantung kat ubat. Aku tak dapat buat Tawaf Wida’. Sedih ya Allah. Aku berhutang satu umrah. Sebab tak niat bersyarat, kan tak pergi kursus. Ayah rasa bersalah sebab tak ingatkan aku. Jadi, balik Malaysia, ayah minta ustaz uruskan bayar dam. Mak ayah kata, nanti dah kahwin, qada umrah dengan suami.

Manakala sebelum balik pulak, aku demam. Suhu tinggi. Tak pernah aku demam macam ni. Moody habis. Tak pernah makan tak habis, makanan dlm flight aku tak sentuh. Air zam-zam mak ayah bagi untuk aku mandi baru kebah sikit.

Demikian BOD0HNYA aku masa umrah. Refleksi diri, jadi anak solehah. Berbakti pada mak ayah semampu mungkin. Kawal nafsu amarah.

Sumber: mediahangat.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*