Wanita Ini Dedah Hakikat Sebenar, 3 Tahun Pengalaman Menjadi Pekerja Ladang Di Australia

Banyak sekali cerita, perkhabaran yang mengenai buruh Malaysia yang bekerja ladang di Australia. Kadangkala hasil pembacaan buat kita rasa seram sejuk. Tidaklah seindah perkhabarannya. Nak tahu indah ke tidak, baca perkongsian Ches Al-Maliki yang pernah menjadi pekerja ladang di Australia.

Siapa Ches Al-Maliki ini? Beliau merupakan pemegang BA of Islamic Education, University Of Malaya. Ketika di zaman kampus seorang Aktivis Mahasiswa, mantan Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa Sabah, Universiti Malaya (2011-2012), Pemetik strawberi yang tegar (Alumni Ladang Austrarlia) dan akhirnya berkongsi pengalaman bekerja ladang di Australia dalam karyanya ‘Graduan Ke Ladang’.

Saya ingin mengambil ruang ini untuk memberi pendedahan (Kisah Benar) pada semua tentang LADANG AUSTRALIA agar mangsa penipuan ejen semakin tipis.”

Selama 3 tahun berada di negara kanggaru itu, bermacam-macam kerja saya lakukan untuk meneruskan hidup. Pemandu pelancong, Ejen jual beli Kereta, dan Kerja Ladang. Saya menunggu waktu ini (Kembali ke Malaysia) untuk buka kisah ini.

Hah baru tahu langit tinggi rendah di negara orang. Saya sudah rasa hidup menjadi ‘pendatang’ di negara orang. Mungkin setaraf dengan orang Bangladesh ataupun orang pilak (Pelipin sabah) yang cari makan di Malaysia, begitulah saya di Australia. Sebijik!”

Ditambah lagi tidak punya dokumen yang sah ( Lebih kurang macam tiada IC ). Jadi kalau nampak saya bermesra-mesraan dengan orang Bangladesh di mana-mana, itu adalah perkara biasa. Sebabnya saya telah menjadi sebahagian daripada ‘hidup’ mereka. Kami berkongsi rasa yang sama.

Kau yang duduk di kerusi eksklusif itu, kalau tidak mahu menyapa mereka dengan Assalamualaikum pun, paling kurang usah pandang para manusia ini dengan level kelas ke-2, kerana spesis kita adalah sama iaitu MANUSIA !

INI HAKIKAT SEBENAR PEKERJA LADANG DI AUSTRALIA

Saya akan respon beberapa perkara yang menjadi PERSOALAN banyak pihak.

1) BETULKAH WUJUD KERJA LADANG DI AUSTRALIA TU, SEPERTI YANG DIUAR-UARKAN OLEH MEDIA MASSA?

Jawapannya YES! Betul. Australia dikenali sebagai sebuah negara pengeluar dan pengeksport utama hasil pertanian negaranya, 61% daratan Australia diusahakan menjadi ladang. Ianya bukan SCAM.

Untuk pengetahuan kalian, TIDAK ADA EJEN YANG RASMI YANG MEMBAWA MASUK PARA PEKERJA MALAYSIA UNTUK BEKERJA LADANG DI AUSTRALIA. Mereka yang membuat iklan di FB atau mana-mana blog atau membuat iklan mengenai ladang Australia, adalah tanpa pengetahuan pihak Imigresen Australia. Lebih kurang seperti sindiket sebenarnya. Jika diketahui oleh pihak imigresen tentu orang ini akan dihantar pulang ke Malaysia dan di BAN selama 3 tahun daripada masuk ke Aussie.

Ini adalah peraturan . Di sisi undang-undang negara memang “HARAM” lah sebenarnya menyeludup masuk orang dan bekerja di ladang tanpa permit kerja yang sah. Ini yang saya lalui sendiri. Perlu di bezakan, HARAM di sini maksudnya melanggar undang-undang Australia, kerana bekerja tanpa permit. Ibarat orang yang menjaja di tepi jalanraya, tetapi tidak punya lesen niaga (Mereka dianggap penjaja ‘haram’).

Tetapi jika berlaku transaksi jualan/belian di antara penjaja tersebut dengan pembeli adakah duit yang diterima itu haram? TIDAK! Kerana pembeli dan penjual redha di antara 1 sama lain. (Penjual) cuma melanggar peraturan (Tidak ada permit) dan tidak termasuk dalam HARAM (hukum Islam). Perlu dibezakan HARAM (hukum Islam) dan juga ‘HARAM’ (istilah orang Melayu).Sama dengan konteks pekerja ladang.

Dalam hal ini saya berani sembang tentang Hukum HARAM kerana saya tahu keadaan sebenar dan sekaligus saya tujukan pada para ‘Eksklusivers’ di luar sana yang seronok menjatuhkan hukum HARAM pada para pekerja LADANG!

Ramai yang membuat pelanggaran undang-undang ini, kerana? TERPAKSA.

JANGAN MALAS.. BUAT KAJIAN

Namun soal EJEN RASMI ataupun TIDAK, itu bukanlah kerja saya, kita biarkan imigresen Australia setel. Namun yang membuatkan saya BENGANG adalah, para ejen ni MENIPU dan kebanyakkannya bangsa kita sendiri. Melayu makan melayu!! Melarikan duit orang.

But sorry to say, secara jujurnya saya tidak bersimpati 100% pun pada mereka yang ditipu oleh ejen Kerja Ladang ni, kerana kalian sendiri yang meletakkan diri untuk mudah ditipu. Si penipu apa lagi, tangkas mengambil peluang. Kasihan tu memang ada tapi sepatutnya di pihak diri sendiri perlu ada backup plan. Pada ejen yang ikhlas berkongsi saya tabik hormat pada kalian.

Ingatan buat semua amalkan sikap berhati-hati dalam semua keadaan apatah lagi mahu ke luar negara melalui orang (Ejen). JANGAN serahkan 100% kepercayaan pada orang yang baru di kenali. Buat kajian / Bacaan tentang ladang. Jangan MALAS.

Buat para ejen yang MENIPU, just want to say kejap saja kau di atas tu, duit yang kau copet tu pasti akan membuatkan kau merana, kalau bukan hari ni, mungkin esok. Lagi 1, buat para ejen yang membawa masuk orang Malaysia di Aussie tu, sembang tu jangan kencang sangat, 4 season tu kena bagi clear dengan budak-budak kau. Jangan musim winter pun kau hentam bawa masuk budak. Pada yang terkinja-kinja mahu bekerja di Aussie tu, kau pun sama, tunggu musim yang sesuai (Summer). – Buatlah secara legal, ada cara. (Rujuk Buku Graduan Ke Ladang).

2) MENJADI PEKERJA LADANG DI AUSTRALIA TIDAKLAH TERUK SANGAT. JANGAN SAMAKAN PEKERJA ASING MALAYSIA DAN MENJADI PEKERJA ASING DI AUSTRALIA. AGAK-AGAKLAH BRO! NI UNTUK INFO KALIAN, AUSTRALIA BERSTATUS NEGARA MAJU DAN MEREKA SANGAT MENGAGUNGKAN HUMAN RIGHT.

Pada mereka selagi namanya MANUSIA, tidak kira apa status pekerjaan, kau pendatang haram ataupun bukan, mereka tetap melayan kita seperti manusia bukan binatang. Tidak kira, warna kulit hitam putih, ketiak berbau ataupun wangi semuanya diperlakukan seperti MANUSIA !! Yes that is the truth. So janganlah ada bunyik-bunyik kurang siuman mengatakan menjadi pekerja ladang, DIKERAH seperti lembu dan seumpamanya.

Tiada istilah hamba, kerana di akhirnya ianya adalah pilihan sendiri. Kalau hamba definisinya dipaksa. Pekerja ladang ni dibayar gaji, kalau tak suka boleh berhenti anytime dan pindah kerja lain. Nak kerja boleh, tak nak kirja pun boleh. Terpulang sama you. Tapi yang pergi gatal mahu kerja susah tu, pehal. Kalau tak mahu dipush, dimaki, kerja di tengah panas, silakan minta kerja di Office berhawa dingin. Tiada halangan.

Mereka yang jenis banyak bunyik ni, banyak komplen, banyak sembang, angan-angan tinggi tapi kerja slow, kena tegur sikit melenting, kena maki bos menangis sebenarnya mahunya apa? Seolah-olah mereka tidak memahami bahawa kerja ladang itu dipakejkan dengan selut lumpur, hujan panas dan maki hamun. (Rujuk Buku Graduan Ke Ladang untuk lebih lanjut)

Ok I stop here.

Pengalaman melihat, merasai dan bergaul dengan pelbagai latarbelakang. Membantu saya untuk melihat kehidupan yang terlalu luas ini dan bagaimana kita orang “agama” berinteraksi dengan kepelbagaian. Saya telah meletakkan diri dalam keadaan yang “Kotor” semata-mata untuk memahami cara hidup orang lain.

Moga Allah SWT merahmati kita semuanya. Salam Taaruf dari saya Ches Al-Maliki. Thank you sudi baca.

Sumber/Foto : Ches Al-Maliki via mingguan wanita

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*