Indonesia dakwa KLCC miliknya

RAKYAT Indonesia mendakwa menara KLCC miliknya akhirnya menjadi perbalahan dalam Instagram deejay terkenal dari Korea, So Hee Hwang atau lebih dikenali DJ Soda yang memuatkan gambar beliau berkunjung ke Malaysia.

Entri Instagram peribadinya, telah memuat naik beberapa keping gambar setelah bercuti selama tiga hari di negara ini.

Kehadirannya telah menarik perhatian pengikutnya ditambah pula berpakaian baju kebaya batik berlatar belakang menara KLCC.

Cetusan idea kreatif itu akhirnya membawa kepada pergaduhan antara netizen Indonesia dan negara Malaysia gara-gara menyatakan menara KLCC dan baju kebaya batik kepunyaan Indonesia.

Sebelum ini, Malaysia juga pernah dituduh media Indonesia mencuri budaya dan makanan negara itu termasuk kuda kepang, batik, rendang, cendol dan lagu Rasa Sayang.

Netizen muhamadfajarimani memberitahu, batik dan kebaya made in Indoensia!!!,not Malaysia dan kenyataan itu turut dipersetujui oleh valentinorena menyatakan menara berkembar KLCC dari negaranya.

Turut disokong, Wijaya_hp, katanya, baju kebaya adalah buatan Indonesia dan orang Malaysia tidak punya budaya atau adat maknanya mereka suka mengambil budaya dari Indonesia juga terkenal dengan budaya ‘copyright’.

Bagaimanapun netizen Malaysia turut menyangkal dakwaan itu dan meninggalkan maklum balas tanda pagar #doneclaim.

Antaranya, faridross memerli netizen Indonesia agar mengambil semua menara dalam negara ini seperti menara Alor Setar, menara Condong, menara Tabung Haji, menara Komtar dan menara Maybank.

sumber: sinar harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*