Dutchess of Sussex, Meghan hamil: Istana Kensington

LONDON: Duchess of Sussex, Meghan Markle, isteri kepada cucu Ratu Elizabeth, Putera Harry, kini hamil, kata Istana Kensington hari ini.

“Yang Mulia Duke dan Duchess of Sussex sangat gembira untuk mengumumkan bahawa Duchess of Sussex dijangka bakal melahirkan bayi sulungnya pada musim bunga tahun depan,” kata istana dalam satu kenyataan.

Pasangan itu berkahwin pada Mei dan kini berada di Australia dalam rangka lawatan pertama mereka ke luar negara. – Reuters

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*