Proton X70 Tembusi Pasaran Thailand dan Indonesia

Proton Holdings Bhd yang merupakan pengeluar kereta nasional dikatakan bakal membawa masuk model Proton X70 ke Thailand dan Indonesia.

Model ini juga akan membangunkan arahan suara dalam bahasa Thailand dan Indonesia untuk kenderaan SUB pertama Proton X7.

Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Abdul Rashid Musa berkata syarikat turut mendapat hak pembangunan teknologi pemanduan sebelah kanan (RHD) dan pengeluaran daripada rakan strategiknya dari China, Zheijang Geely Holding Group Co Ltd (Geely).

“Malaysia akan menjadi hab (untuk RHD) kerana Geely Group hanya mengeluarkan kereta dengan pemanduan sebelah kiri,” katanya kepada pemberita selepas majlis pratonton Proton X70 yang kedua di sini hari ini.

Dijana dengan enjin 1.8 liter Turbo Gasoline Direct Injection (TGDI), Proton X70 akan turut menawarkan ciri-ciri keselamatan terkini termasuk brek kecemasan automatik, amaran pelanggaran hadapan, sistem maklumat titik buta, amaran pertukaran lorong dan kawalan lampu tinggi pintar.

Model Proton ini juga turut dilengkapi dengan ciri-ciri kawalan jauh yang membolehkan pemilik kereta memeriksa dan mengawal kenderaan itu di mana sahaja, pada bila-bila masa, melalui aplikasi mudah alih.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.. Terima Kasih! Media Viral

Sumber: mediahangat.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*