Skil dan kebolehan manusia ini agak luar biasa hebat, sudah pasti melangkaui aksi fiksyen!!!

Kita sudah biasa melihat aksi hebat adiwira seperti Superman, Spiderman, Iron Man dan Hulk, tetapi mereka hanyalah watak rekaan cerita fiksyen yang memaparkan kebolehan dengan kemahiran istimewa yang bukan realiti. Akan tetapi, manusia dengan kebolehan serta bakat yang hebat itu sebenarnya wujud. Dan aksi luar biasa dan ekstrem mereka itu dipaparkan dalam video ini.

Skil dan kebolehan manusia ekstrem ini agak luar biasa hebat, sudah pasti melangkaui aksi fiksyen

Sekiranya anda tidak percaya, wanita ini melakukan aksi terjunan tinggi dari belakang ke dalam sungai dengan gaya selamba. Sungguh berani beraksi melakukan cabaran lasak dan ekstrem.

Ada pula yang mencabar undang-undang fizik, seperti lelaki ini yang terjun dari kapal terbang dan berbaring di tengah udara. Sama seperti terapung di langit biru. Dan semestinya mereka perlu memakai payung terjun.

Atau pemain ski sedang berlatih dan memaparkan aksi terbang menyeberangi jalan raya dengan menggunakan ‘snowboard’nya di atas salji.

Kompilasi rakaman video aksi manusia ekstrem yang hebat dan menakjubkan. Mereka yang berjaya memaparkan skil dan aksi luar biasa hebat, sehingga mampu memukau mata penonton berubah terpesona dan kagum.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.. Terima Kasih! Media Viral

Sumber : BLes Inspirador

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*