Kanak-kanak Ini Bersungguh Sungguh Membantu Adiknya Keluar Dari Katil Berpagar Itu.. SUNGGUH KENTAL SEMANGATNYA DEMI MELIHAT ADINYA GEMBIRA

Keluarga ini suka mendokumentasikan dan menyiarkan cerita tentang kegembiraan dan perjuangan harian membesarkan anak-anak kecil.

Kadang-kadang, video yang dimuat naik adalah tindakan spontan yang berjaya dirakam dan mereka sangat dihargai di Internet.

Dalam video ini anda akan melihat gelagat dua orang adik beradik, Oliver dan Finn yang comel. Gelagat mereka berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup yang dipasang di bilik tidur itu.

Finn nampaknya telah terperangkap di katilnya dan tidak dapat keluar bemain bersama abangnya, Oliver.

Tidak lama kemudian Oliver memasuki bilik itu untuk membantu adiknya itu keluar dari katil bayi tersebut. Dia mula mencari jalan untuk mengeluarkan adiknya dari katil itu.

Selepas berfikir sejenak, dia mengambil keputusan untuk menggunakan kerusi yang berada berhampiran untuk membantu Finn memanjat dinding katilnya itu.

Oliver mengajar adiknya bagaimana untuk keluar dari katil tersebut.

Oliver meletakkan kerusi plastik tersebut ke dalam katil dan memanjat masuk ke dalamnya.

Setelah menstabilkan kerusi tersebut, dia kemudiannya memanjat keluar dan adiknya memerhatikan bagaimana dia melakukannya.

Finn sempat melihat pada kamera sebelum naik ke atas kerusi.

Setelah berada di atas kerusi, Oliver menyuruhnya memanjat dinding katil tersebut tetapi nampaknya Finn kelihatan seperti takut dan gementar.

Oliver berada di situ untuk menyokong dan menggalakkan adiknya dengan menyuruh adiknya untuk melompat kepadanya.

Selepas sedikit teragak-agak, Finn perlahan-lahan memanjat dinding katil itu sambil dibantu oleh Oliver.

Oliver memegang adiknya dan membantu turun dari dinding katil tersebut dengan selamat.

Mereka terjatuh dengan lembut di atas lantai sebelum mereka bangun dan melarikan diri keluar dari pintu bilik tidur tersebut.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.. Terima Kasih! Media Viral

Sumber: mediahangat.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*