Volvo mula jual kereta yang boleh ditukar menjadi pesawat bermula Oktober tahun ini

Pada Oktober tahun ini, syarikat kereta terkemuka dari Sweden iaitu Volvo akan mula menjual kereta yang boleh ditukarkan menjadi pesawat dalam tempoh kurang daripada seminit, dan ia merupakan kereta pertama seumpamanya di dunia! Kereta itu dilaporkan mampu memecut sehingga 160 kilometer sejam dan berupaya terbang sehingga kira-kira 400 batu (640 kilometer).

Kredit:Hightech.fm

Model berkenaan diberi nama Terrafugia dan ia bakal dibuka untuk pra-jualan menjelang Oktober, manakala sesi penghantaran pula akan bermula pada tahun 2019. Menurut agensi berita China, Xinhua, harga seunit model tersebut masih belum diumumkan.

Kredit: aeromobil.com

Difahamkan bahawa syarikat Volvo telah menambah baik beberapa aspek pada model Terrafugia, termasuklah tempat duduk yang lebih selesa, tali pinggang keledar, beg udara yang lebih bagus dan ruang penyimpanan barangan yang lebih luas. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan kamera pandangan pada bahagian belakang serta lengkap dengan sistem payung terjun terbaharu, di samping memiliki mod ransangan yang memberikan kuasa ketika penerbangan.

Untuk pengetahuan anda, ketinggian maksimum penerbangan untuk Terrafugia adalah sehingga 10,000 kaki, dan ia semestinya telah memenuhi piawaian dan standard Pentadbiran Keselamatan Lebuh Raya dan Lalu Lintas Kebangsaan. Sungguhpun begitu, bagi mereka yang ingin mengendalikan peralihan (transition). Ia lengkap dengan gear pendaratan tetap serta mempunyai sayap yang boleh dilipat, di mana ia dikatakan seberat 590 kilogram.

Kredit: 24Gadget

Bagi kereta yang memiliki konsep seperti Terrafugia, iaitu TF-X, juga dilaporkan bakal dilancarkan pada bulan Oktober. Menariknya, TF-X tidak perlu berlepas dan mendarat menerusi lapangan terbang, sebaliknya hanya boleh dilakukan pada semua jalan raya dan lebuh raya. Ia sememangnya memudahkan mobiliti setiap penggunanya kelak.

Kredit: Pinterest

Kredit: Lorna Wilson/Facebook

Sumber: Express UK, Siakap Keli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*