Nenek terlantar sakit tetapi cucu dia tetap setia menemani dan membuatnya gembira setiap hari.. VIDEO YANG CUKUP MENYENTUH HATI KITA!!!

Seorang nenek amat bertuah kerana mempunyai seorang cucu yang amat setia, penyayang dan ceria. Walaupun nenek ini terlantar sakit, dia tetap bersemangat menunggu kehadiran cucunya setiap hari untuk melihat keletah ceria dan menghiburkan hatinya. Gelagat mereka berdua apabila bergurau amat comel dan melucukan.

Bagi kebanyakan keluarga, apabila terdapat seorang ahli yang sudah tua dan tidak berdaya, tambahan sudah terlantar sakit, sudah pasti ada yang berpendapat mereka ini menyusahkan. Ramai yang tidak sanggup menjaga orang tua sehingga ada yang sampai hati menghantar mereka ke rumah orang tua dan dibiarkan di situ tanpa penjagaan ahli keluarga.

Seorang tua yang diabaikan akan berasa kesunyian sehingga menjadi murung dan bersedih. Bagi yang terlantar pula, sudah pasti siling dan dinding menjadi teman sekiranya tiada anak dan cucu yang datang membelai dan berbual.

Berlainan dengan seorang cucu lelaki kepada nenek bertuah ini. Nenek ini berasa gembira setiap hari kerana cucunya akan datang menjadi pelawak dan penghibur hatinya. Walaupun berada di atas katil selama sehari suntuk yang membosankan, hari nenek ini sentiasa gembira dan ceria dengan kehadiran cucunya.

Ada sahaja idea bagi cucu ini untuk mengenakan neneknya dengan cara yang melucukan. Nenek ini akan ketawa dengan ceria setiap kali melihat gelagat lucu cucunya.

Interaksi antara nenek dan cucu yang amat menyentuh hati dan melucukan pada masa yang sama. Sudah pasti menjadi saat yang amat bernilai untuk dikenang!

Sumber: mediahangat.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*