Ibu Aliff Syukri, Bonda Rozita Kongsikan Petua Hilangkan Batuk Yang Berpanjangan. Bahan Yang Sangat Mudah

Bonda Rozita, nama yang tidak asing lagi dalam bidang perniagaan. Jika disebut nama Aliff Syukri mesti 1 Malaysia akan kenal. Bonda Rozita merupakan ibu kepada jutawan kosmetik terkenal yang boleh dikatakan sebagai selebriti Dato Aliff Syukri.

Sesiapa yang mengikuti Bonda Rozita pasti tahu bahawa beliau memang gemar untuk berkongsi tips tips dan petua. Kali ini beliau kongsikan tips untuk legakan batuk bagi kanak kanak.

Kadang kadang kita sebagai ibu bapa risau bila anak anak kita batuk lagi lagi batuk perpanjangan. Kita akan memberi ubat klinik yang diberikan oleh doktor. Tetapi apa kata kita cuba cara tradisional sebab kadang kadang bahan semulajadi lebih mujarab dari ubat klinik.

Bahan Bahan Yang Mudah

Buah kurma yang ditumbuk campur dengan susu kambing campur dengan madu.

Bagilah Berapa kerap pun ia tidak memudaratkan anak kita malah lebih menyihatkan dan menguatkan antibodi.

Sumber: Rozita Ibrahim

Cara lain untuk merawat Batuk .. Juga menggunakan bahan semulajadi.

petua hilangkan batuk , hilangkan batuk tradisonal , campuran madu lemon , madu halia

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung kami . Pernah tak anda mengalami batuk yang berderetan dan mengambil masa yang lama untuk dihilangkan ?

Walaupun pelbagai petua hilangkan batuk anda cuba , tetapi masih tidak lagi berkesan ?Dari Puan Fres Fai , dia memberikan satu petua menghilangkan batuk menggunakan bahan semulajadi dan lebih sihat iaitu dengn lemon , halia dan juga madu. Dan batuk yang dialaminya hilang setelah mengamalkan petua ini .

Jom kita tengok macam mana bahan – bahan yang digunakan dalam petua hilangkan batuk kali ini. Anda boleh cuba sendiri dirumah untuk kegunaan seisi keluarga . Cuma pastikan pesakit tiada alahan dengan ketiga-tiga bahan di atas ya.

Bahan-bahan yang digunakan ialah:

1 biji buah lemon . Boleh gunakan dari pelbagai jenis lemon .

1 ketul halia sederhana tua

1 botol madu . Boleh guna keluaran tempatan dan asli ya.

Cara untuk menghasilkan petua hilangkan batuk ini pula:

Pertama , hiris nipis lemon dan juga halia . Hirisan yang nipis akan memudahkan penyerapan madu dan pengeluaran khasiat kedua -dua bahan ini.

Kedua , apabila menggunakan madu , seelok-eloknya gunakan balang kaca ya . Lapiskan hirisan lemon bersama halia dan selepas itu masukkan madu sehingga penuh satu lapisan . Tambah lapisan baru dengan hirisan lemon dan halia lagi serta tuang madu sehingga lapisan kedua tenggelam. Ulang langkah sama sehingga botol kaca anda penuh .

Ketiga , simpan di dalam peti sejuk di bahagian biasa dan campuran ini tidak perlu dicampur dengan air . Tempoh elok campuran ini boleh bertahan sehingga 3/4 bulan

Cara minum pula bagi penghidap batuk berkahak atau sebagainya , ambil 10ml atau 1 sudu untuk 2 kali sehari . Jadi pada waktu pagi dan petang ataupun petang dan malam. Seeloknya , sebelum minum , berselawatlah kepada Nabi kita dan juga memohon doa supaya cepat disembuhkan. Kita hanya berusaha , yang menyembuhkan adalah DIA .

Tips bagi menjaga khasiat campuran ini , apabila terlibat dengan madu , gunakan sudu besi sahaja dan jangan gunakan sudu plastik ya. Selamat mencuba petua hilangkan batuk ini ya.

SUMBER : Dari Dapur

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*