14 Jalan Berbahaya Di Dunia Yang Mungkin Akan Membuatkan Anda Sangat Gementar!

Mungkin sesiapa yang berpengalaman menaiki roller coaster faham akan perasaan takut dan gayat. Namun, mereka masih boleh bergelak ketawa sejurus habis menaiki permainan tersebut.Tetapi, tidak untuk kali ini. Berikut merupakan jalan raya yang dibina seakan-akan roller coaster tetapi ia bukanlah sesuatu yang menyeronokkan kerana ianya memperjudikan nyawa anda.

Terowong Guoliang, China

Terowong sepanjang 1.2 km ini dibina melalui bahagian banjaran gunung yang menghubungkan Kampung Guoliang.Menariknya, pada tahun 1070-an penduduk kampung tersebut sendiri yang membina terowong yang dilengkapi ‘tingkap’ menggunakan alatan tangan.terowong tersebut hanya selebar 4 kaki jadi, para pemandu harus berhati-hati atau bersedia untuk jatuh ke gaung yang curam.

Pasar Kereta Api Maeklong, Thailand

Apabila anda melihat pasar ini pertama kasi, ianya mungkin kelihatan biasa seperti pasar lain di Thailand tetapi tidak lagi apabila anda mendengar bunyi wisel yang menandakan ada kereta api yang bakal menghampiri.Kereta api tersebut melalui tengah-tengah pasar tersebut dan menyebabkan para peniaga perlu menlipat kemah dan mengalihkan barang jualan mereka hanya dalam tempoh beberapa saat untuk memberi laluan kepada kereta api berkelajuan 15km/h tersebut.

Jalan Yungas, Bolivia

Bandar Bolivian dan Coroico disambungkan oleh Jalan Yungas yang berliku-liku dan mempunyai ketinggian dari 360 m sehingga 3,300 m dari paras laut.Meskipun jalan tersebut begitu curam, ianya masih boleh dilalui oleh trak tetapi salah satu trak tersebut perlu memberi laluan kepada kenderaan yang lain.

Lebuhraya Eyre, Australia

Melihatkan keadaan lebuhraya ini, mungkin kita tidak akan sangka yang ia telah mengorbankan begitu banyak nyawa.Lebuhraya sepanjang 1,600 km ini dibina jauh dari masyarakat setempat dan kelihatan begitu kosong.Maka, para pemandu sering terlelap ketika memandu di sini kerana landskapnya yang begitu membosankan.

Kereta api “Nose of the Devil“, Ecuador

“Nose of the devil” merupakan kereta api yang dibina pada ketinggian 800 m dari paras laut.Sebelum ini, para pelancong dibenarkan untuk duduk di atas bumbung gerabak bagi merasai aliran adrenalin tetapi kini ianya sudah tidak dibenarkan.

Jambatan Kereta Api Pamban, India

Pulau Pamban dihubungkan oleh jambatan Pamban dengan tanah besar India. Jambatan ini pernah musnah teruk disebabkan oleh angin kencang di Selat Palk.Sehingga kini, apabila kelajuan angin melebihi 55km/h, kereta api yang melalui jambatan ini akan menerima amaran bahaya.

Lebuhraya Karakoram, Pakistan-China

Lebuhraya Karakoram sejauh 1,300 km menjadi penghubung antara Pakistan dan China merupakan antara lebuhraya yang tertinggi di dunia kerana berada pada altitude lebih dari 4,600 m.Pada musim panas, kawasan ini tidak sesuai dilalui kerana hujan yang kerap boleh menyebabkan tanah runtuh. Begitu juga pada musim sejuk, lebuhraya ini akan ditutup kerana khuatir akan runtuhan salji.

Passage du Gois, Perancis

Jalan ini mungkin nampak seperti jalan biasa yang dilalui oleh sehari-hari tetapi jalan yang menghubungkan Pulau Noirmoutier dengan tanah Perancis ini diliputi oleh air hampir 4m apabila air padang dan hanya boleh dilalui 2 kali sahaja dalam sehari.

Lebuhraya Leh-Manali, India

Lebuhraya Leh-Manali dibina merentasa kawasan pergunungan dan terletak pada ketinggian 4 ke 5 km.Jalannya agak curam tetapi ia bukanlah satu halangan untuk penduduk setempat memecut kerana sudah biasa dengan kawasan tersebut.

Jalan Pergunungan Tianmen, China

Jalan sepanjang 11 km ini didatangkan dengan 99 selekoh yang membawa ke puncak Gunung Tianmen yang menempatkan kuil Buddha.Malah, selekoh tersebut juga agak rapat dan ada antara selekoh tersebut yang cuma mempunyai jarak kurang dari 200 m yang menjadikan para pemandu perlulah berhati-hati.

Jalan melalui Salar de Uyuni, Bolivia

Lebuh raya yang melalui kawasan kering Salar de Uyuni ini terletak pada altitud 3,650 m dari aras laut.Landskapnya yang luar biasa sering menjadikan pemandu yang memandu ke sini sesat dan telefon bimbit juga tidak dapat digunakan di sini.Anda juga dinasihatkan supaya tidak memandu sendiri sebaliknya datang secara berkumpulan kerana pada waktu malam, suhu di kawasan ini boleh mencecah sehingga -30°C.

Jalan melalui Lembah Skippers, New Zealand

Jalan yang dipenuhi lubang dan cerun, tebing yang curam, selekoh tajam, jambatan gantung dan juga jalan yang kecil menghiasi sepanjang jalan merentasi Lembah Skippers.Kereta sewa tempatan juga tidak menyediakan insurans untuk sesiapa yang mahu melalui jalan ini kerana risikonya yang tinggi.

Lebuh raya James W. Dalton, Alaska, USA

Hanya 175 km dari 666 km jalan ini yang bertar manakala selebihnya pemandu perlu memandu di kawasan yang berbatu.Malah, sepanjang jalan ini cuma terdapat 3 kawasan rehat, 3 stesen mengisi minyak dan 1 pusat perubatan.Polis setempat juga terpaksa membuat rondaan untuk memastikan tiada kejadian yang tidak diingini bagi sesiapa yang melalui jalan tersebut.

“Kereta api ke awan”, Argentina

Kredit: Lep/flickr

Perjalanan kereta api sejauh 217 km ini melalui 21 terowong, 42 jambatan, 2 lingkaran dan 2 zigzag.Namanya kedengaran begitu romantis kerana terdapat sebahagian dari jalan ini terletak agak tinggi sehingga mencecah ke awan.

Sumber: mediahangat.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*