Tindakan Berani Fara Fauzana Menyelamatkan Seorang Pemandu Di Tol Subang

Ketika kenderaan lain membunyikan hon tidak henti memarahi pemandu lelaki yang terus diam tertunduk dalam kenderaannya yang berdekatan dengan tol Subang yang menuju SHah Alam. Pengacara terkenal, Fara Fauzana atau lebih dikenali Fafau dengan segera bertindak untuk mengejutkan pemandu tersebut.

Pemandu Diam Seribu Bahasa.

Walaupun telah di hon berkali-kali, pemandu tersebut terus kaku diam 1000 bahasa dan tidak memberi sebarang respon.
“FF drive sorang and Its friday yo! 7.05pm & Jem toksah citer Sila tgk gambor korang faham la eh so kena sabar Dlm asyik melayan lagu alih2 org kiri kanan semua pakat tekan HON HON HON Alaaa dah kenapa kereta depan tu xnak jln?”, tulis Fara Fauzana di Twitter.
Tambahnya, ketika Fafau melihat kereta lain yang di depan kenderaan tadi sudah bergerak, kenderaan tersebut masih statik dan tidak bergerak dari tempat asalnya.
“Kebetulan FF kat tepi kereta dia and passed by his car. Bila tgk driver asyik tunduk kebawah jea”, tambahnya.

Fara Fauzana Berdebar-debar Melihat Pemandu Tersebut.

Hati Fafau makin berdebar bila melihat pemandu tersebut menunduk ke bawah sahaja. Fafau terus memberi hon berkali-kali, tetapi pemandu tersebut masih tidak bergerak.
“FF bukak tingkap and jerit .. uncle uncle uncle!! Tetap tunduk tak bergerak”, Tulis Fara Lagi.
Makin cemas Fafau apabila melihat situasi tersebut dan rasa bersalah di hati semakin meninggi menggunung. Tanpa berlengah lagi, Fafau mahu memastikan perkara yang difikirkan itu tidak benr-benar terjadi.

“Deng! If dia tido .. itu normal sbb mungkin dia penat .. jap! Wht if dia .. pengsan! Or even worst.. sakit jantung dan …..” Tambahnya.

Pemandu Terus Tunduk Tidak Memberi Sebarang Respon.

“FF terus tekan double signal .. keluar dari kereta, pergi kat kereta uncle tu and ketuk tingkap! Dia tak gerak ok”, Tulis Farah Di Twitter.

Fafau terus mengetuk cermin kereta pemandu tadi dan lebih kuat dari sebelumnya. Akhirnya pemandu itu angkat kepala macam orang yang baru sedar.
“Are u ok uncle?!” 2x FF repeat baru dia respond .. “oh ok! Tq” then br keta dia gerak, Tambahnya.

Tidak lama selepas itu, barulah kereta pembandu tersebut bergerak meluncur meredah kesesakan itu.
“Goshhh tak kelakar ok..alhamdulillah nasib dia tido tp what if dia sakit jantung & memang xsedarkan diri dalam keadaan jem yg teruk tu ..

“I dont knw, maybe lps ni if kita nampak org depan tak gerak pls jgn mara2 Maybe dia perlukan kita utk selamatkan dia dari lebih parah”, Tulis Fara.

Pesanan Fafau ini memang banyak betulnya dan Hangat.com bangga dengan tindakan Fafau yang berani turun dari kereta dan kejutkan pemandu tersebut tanpa rasa takut dengan keadaan sekeliling.

kami juga tidak merasakan ramai yang sanggup mengikut tindakan Fafau ini. Walaupun cerita serta tindakan Fafau ini agak kelakar, tetapi sarat dengan pengajaran untuk pemandu-pemandu Malaysia. PEACE!

Sumber: mediahangat.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*