FOTO ] Dengan sekali lafaz, pengacara Dayah Bakar sah milik seorang kapten. Tahniah!

FOTO ] Dengan sekali lafaz, pengacara Dayah Bakar sah milik seorang kapten. Tahniah!

Memilih pada hari Jumaat untuk menamatkan zaman bujang, pengacara televisyen Dayah Bakar telah selamat bergelar isteri kepada pegawai tentera berpangkat kapten, Muhammad Hanif Hamidi dengan sekali lafaz pagi tadi.

Majlis yang berlangsung di 9 Kedondong, Ampang itu dihadiri lebih 200 tetamu terdiri daripada keluarga kedua pihak, rakan artis antaranya Fara Fauzana dan Heliza Helmi serta sahabat handai.

Pasangan ini akan mengadakan majlis resepsi untuk rakan mereka pada 1 Julai ini di Cornerstone (IPC) Wisma Selangor Dredging .Bukan itu sahaja, majlis menyambut menantu juga akan diraikan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 7 Julai hadapan.

Jom kita tengok antara gambar pernikahan yang dikongsikan di laman Instagram milik Dayah atau nama sebenarnya, Nurhidayah Abu Bakar. Memang cantik habis!Tahniah Dayah & suaminya! Semoga ikatan perkahwinan yang dibina bahagia & berkekalan sehingga ke jannah. Cepat-cepat timang cahaya mata okey!

Sumber: mediahangat.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*