BERITA Ali Banat jutawan dulu hidup berfoya-foya.Diuji dengan kanser.Akhirnya Allah angkat darjatnya meninggal dengan cara cukup indah.

Mungkin ramai daripada kita tidak pernah mendengar nama Ali Banat, seorang pemuda Islam berasal dari Sydney, Australia, yang suatu ketika hidup dalam kemewahan, sering bergaya dengan baju rekaan terkenal, memandu kereta mewah tapi dia hanyut dengan dugaan dunia.

Ali Banat jutawan dulu hidup berfoya-foya.Di

Tiga tahun lalu, Ali Banat disahkan menghidapi kanser, baginya hidup seolah-olah berakhir, namun tidak lama selepas itu dia telah membuat keptusan untuk berkongsi segala kekayaannya dengan orang lain.Bagi sesiapa yang mengenali Ali Banat selepas menonton satu video di Youtube, Gifted With Cancer pasti merasai kehilangan mereka dan pasti menghulurkan derma kepada yayasan yang ditubuhkannya, Muslim Around The World (MATW).

Ali Banat jutawan dulu hidup berfoya-foya.Di

Setakat ini (30 Mei), MATW telah berjaya mengumpul dana sebanyak £589,243 (RM 3,116,760). Dengan jangkaan yayasan tersebut mampu meneruskan kutipan derma yang lebih tinggi.

Jadi, siapa sebenarnya Ali Banat ini?

Ali adalah seorang jutawan Muslim yang menetap di Australia. Dia seperti orang kaya yang lain, mempunyai kehidupan yang amat senang hasil daripada perniagaan yang diwarisi daripada keluarganya.

Di dalam video yang tular tersebut, Ali turut membenarkan jurukamera merakam suasana di dalam bilik tidur mewahnya. Di dalam bilik tidurnya ada kasut berjenama Louis Vuitton yang berpasang-pasang, satu-satunya jenama kasut yang dipakainya dan gelang bernilai £33,945 (RM 179,549). Salah satu kenderaan mewahnya, Ferrari Spider bernilai £339,237.50 (RM 1,794,373,57).Namun sebaik sahaja dia disahkan menghidapi satu penyakit berbahaya, Ali Banat menyedari segala kekayaan yang dimilikinya sudah tidak beerti apa-apa.

Ali Banat jutawan dulu hidup berfoya-foya.Di

”Apabila kamu mengetahui bahawa kamu sedang sakit dan tiada masa yang banyak untuk hidup, ini (kerja amal) adalah sesuatu yang kamu akan kejar. Dan itulah yang sepatutnya kita lakukan setiap hari,” kata Ali Banat.

Menurut Ali Banat, doktor memberitahu bahawa dia hanya mempunyai masa selama 7 bulan sahaja. Namun dia bersyukur kerana Tuhan mengizinkannya untuk hidup selama tiga tahun lagi. Maka, tiga tahun yang dilanjutkan itu dia penuhi dengan berbuat kebaikkan.MATW, organisasi yang diasaskannya telah membantu ribuan penduduk yang daif di seluruh dunia terutama di negara-negara Afrika seperti Tongo, Ghana dan Burkina Faso.

Ali Banat jutawan dulu hidup berfoya-foya.Di

Ali Banat sendiri, secara peribadi turun ke jalanan menggerakkan MATW dan mencari dana. Dia mengharapkan dana-dana yang disumbang itu dapat disalurkan sepenuhnya tanpa diasingkan untuk urusan pentadbiran organisasi.Dengan dana tersebut, dia berharap dapat membina kampung yang menyediakan tempat tinggal kepada lebih 200 balu, masjid, sebuah sekolah yang dapat menyediakan pendidikan kepada 600 orang anak yatim, hospital mini dan menyediakan peluang perniagaan untuk menyokong aktiviti komuniti.

Ali Banat jutawan dulu hidup berfoya-foya.Di

Tetapi pada 29 Mei yang lalu, ketika Maghrib bakal menjelma, Ali Banat akhirnya menghembuskan nafas terkahirnya. Dari seorang lelaki yang suka berfoya-foya dengan kemewahannya, kasut seliparnya paling murah berharga 700USD, Allah angkat darjatnya dengan ujian kanser, seluruh hidupnya selepas itu dikorbankan kepada orang miskin dan hartanya diinfaqkan kepada orang memerlukan sehinggalah nafas terakhirnya.

Umat Islam ketika ini terus menyokong yayasan yang ditubuhkannya sebagai penghargaan ke atas aktiviti kemasyarakatan yang diusahakannya.

”Untuk kebanyakkan orang, termasuk saya, disahkan menghidapi kanser adalah satu penamat. Tetapi ia tidak pada Ali Banat. Kanser itulah yang ‘melahirkan’ dirinya. Ali Banat benar-benar menjadi inspirasi kepada ramai orang. Semoga Allah mengurniakan syurga buatnya,” kata salah seorang netizen di Twitters.

Buat mereka yang berhajat untuk menyalurkan derma kepada yayasan ini ataupun mahu mengikuti perkembangan dan projek-projek yang dijalankan, anda boleh mengikuti laman Facebook, MATW Project.

Al-Fatihah. Semoga roh Ali Banat dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang bertakwa.

Sumber: mediahangat.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*