“Saya Tak Tahu Dia Jutawan, Tak Tengok Pula Akaun Bank..” – Nelydia Senrose Tak Sangka….

Baru-baru ini, perkongsian gambar sebentuk cincin oleh Nelydia Senrose mencetuskan spekulasi dikalangan peminat yang menyangka pelakon cantik itu bakal berkahwin. Namun, Nelydia menjelaskan cincin tersebut adalah pemberian dari kekasih.

Nelydia mengakui dia kini sedang dilamun cinta dengan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Hafiz, namun masih menunggu masa sesuai untuk mendirikan rumah tangga.

“Sudah tentu saya sudah bersedia. Cuma kena tunggu masa sesuai sampai betul-betul Allah berikan jodoh bilakah untuk saya berkahwin,” katanya kepada Media Hiburan.

Apabila ditanya sama ada kekasihnya itu kini bergelar jutawan seperti yang diperkatakan oleh netizen, Nelydia sendiri tidak mengetahui tentang status jejaka tersebut.

“Saya pun tak tahu dari mana orang kata dia jutawan. Saya sendiri tak ada jawapan tersebut. Dia seorang ahli perniagaan, tentang status dia jutawan ke tidak saya tahu. Tak tengok pula bank akaun dia. Jadi orang boleh cakap,” ujarnya.

Tambah Nelydia lagi, dia kini masih sibuk dengan kerjaya dan dia akan kongsikan berita gembira tersebut jika sudah sampai masanya.

BERITA BERKAITAN;

Pada ketika ini Nelydia Senrose sedang berbahagia bercuti luar negara, tapi selain itu hati Nelydia juga seolah turut ‘berbahagia’ apabila memuat naik gambar sebentuk cincin di jarinya semalam di laman Twitter.

Perkongsian Nelydia itu sedikit sebanyak mencetuskan spekulasi dikalangan peminat yang menyangka pelakon kesayangan mereka itu bakal berkahwin. Malah laman Twitternya juga turut dibanjiri dengan ucapan tahniah dari peminat.

Selain berkongsi foto cincin di jari manisnya, beberapa gambar perkongsian Nelydia di Instagram juga menunjukkan beliau sangat gembira dan bahagia pada ketika ini melalui kepsyen-kepsyen sweet dan romantis.

Terdahulu ada gosip bertebaran mengenai hubungan Nelydia dengan seorang jutawan muda yang dikenali sebagai Mr.H. Pun begitu Nelydia tidak bersembunyi di sebalik hubungan itu, beliau tidak menolak andai ada jodoh berdua.

Kalau benar perkhabaran ini, tahniah diucapkan kepada Nelydia yang tidak lama lagi bakal menamatkan zaman bujangnya. Kecewa habislah jejaka-jejaka diluar sana tu membaca berita ini kan! (rtky/w)

Sumber: Kopi O

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*