Loji nuklear terapung pertama di dunia

Loji nuklear terapung pertama di dunia

Unit kuasa nuklear terapung itu dinamakan sempena nama saintis terkenal Rusia, Mikhail Vasilyevich Lomonosov.

MOSCOW – RUSIA. Kerajaan Rusia secara rasmi melancarkan loji kuasa nuklear terapung pertama di dunia di atas sebuah kapal gergasi sebagai sebahagian daripada program jangka panjang Moscow untuk menangani kekurangan bekalan tenaga di wilayah utara dan Timur Jauh di negara itu.

Unit kuasa nuklear terapung, Akademik Lomonosov itu dinamakan sempena nama saintis terkenal Rusia, Mikhail Vasilyevich Lomonosov ditarik keluar dari limbungan kapal St Petersburg pada Sabtu lalu di mana ia dibina sejak 2009.

Kapal itu dijangka berlayar melalui Laut Baltik dan tiba di Murmansk di mana ia akan menerima bahan bakar nuklear untuk pertama kali sebelum meneruskan perjalanan ke pangkalan operasi di pelabuhan Pevek di Chukotka.

Ia dijangka mula beroperasi pada musim panas 2019 dan boleh membekalkan kuasa kepada sehingga 100,000 penduduk.

Sumber: Press TV

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*