‘Kan dah kena’

TAIPING – Seorang lelaki dipercayai pemilik akaun Facebook ‘Tengku Badaruddin’ direman selama tujuh hari hingga 3 Mei depan bagi membantu siasatan berhubung kenyataan menghina polis.

Lelaki berusia 24 tahun yang bekerja sebagai jurujual kereta itu ditahan kira-kira jam 9.45 malam, Jumaat lalu di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata, tangkapan itu dibuat selepas polis menerima laporan berkaitan status yang dimuatnaik pemilik akaun terbabit mempunyai unsur menghina anggota yang terlibat dalam kemalangan di KM223.1 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara, Khamis minggu lalu.

Menurutnya, pemilik akaun berkenaan turut memuatnaik beberapa keping gambar yang melibatkan tiga anggota polis bersama kenyataan jelik seolah-olah mengatakan nahas yang berlaku berhampiran Changkat Jering itu berpunca ketika kenderaan Unit Rondaan Lebuh Raya (EMPV) mengejar sebuah lori untuk mendapatkan wang.

“Status ini telah tular dalam laman sosial. Sejurus laporan diterima, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (AKMM),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nahas berkenaan bukan sahaja mengorbankan seorang pelajar kolej, malah turut mengakibatkan dua anggota polis peronda parah.

Ketika kejadian, anggota polis berhenti untuk membantu pelajar berkenaan yang mengalami masalah tayar pancit sebelum secara tiba-tiba dirempuh sebuah lori.

Mohamad berkata, tuduhan menerusi status Facebook itu adalah palsu dan telah mencemarkan nama PDRM.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan tindakan wajar akan diambil terhadap pemilik akaun facebook tersebut mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya.

Berikut adalah kenyataan yang dimuat naik:

Gu kejadian bru jah jadi sakni mari pakat2 doa ko abam P kito-berlaku ketiko nk hambak lori mitok duit ore awam kato p kito pon xpasti. Ore kato abam2 P kito lapa bidah lapar pitih gu kiro mati syahid ko lagu mano gu.sedekoh AL-FATIHAH GU brlaku terrrr. #hambaksapabuleh.”

Terjemahan:

Kawan-kawan, kejadian baru sahaja berlaku tadi, sama-sama doakan abang polis kita-berlaku semasa nak kejar lori minta duit, orang awam bagitahu tapi kita pun tidak pasti. Orang cakap abang-abang polis kita lapar duit.kira mati syahid macam mana?.sedekah Al-fatihah kawan-kawan semua,. #kejarsampaidapat

Sumber: SinarOnline

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*